Categories
SELANGOR

Azmin: Hormati mandat rakyat, pertahan pentadbiran Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PELABUHAN KLANG, 3 OKT: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan akan terus mempertahankan Kerajaan Negeri demi menghormati mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) sejak lebih dua penggal.

Mohamed Azmin berkata, usaha itu juga antara intipati perjanjian bersama parti gabungan Pakatan dan akan terus dilaksanakan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, bahkan Kerajaan Negeri juga kekal komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

MB Azmin“Saya ada tugas mempertahankan Kerajaan Negeri dan menghormati perjanjian yang ada pada dua pilihan raya iaitu tahun 2008 dan 2013.

“Kita ada perjanjian untuk bermuafakat dan ia harus ditunaikan sebelum habis tempoh pentadbiran,” katanya selepas merasmikan gudang Baiduri Dimensi di Pelabuhan Barat, di sini, hari ini.

Beliau berkata, PKR sentiasa menjalankan perbincangan dengan semua pihak termasuk PAS bagi meningkatkan kerjasama lebih kukuh pada masa hadapan.

Grafik-Selangor-Pakatan“Kita jalankan perbincangan bersiri dengan semua parti politik. Kita turut mencadangkan parti seperti PSM dan di Sabah juga Sarawak perlu terbabit dalam perbincangan ini kerana ia adalah kerjasama besar.

“Ini adalah proses yang tak boleh diselesaikan dalam sehari dua keranan pembangunan sebuah gudang juga hanya boleh siap dalam setahun, apatah lagi nak bina masyarakat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.