Categories
NASIONAL

Belanjawan Alternatif Pakatan unjur defisit RM8 bilion lebih rendah berbanding BN

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Pakatan Harapan (PAKATAN) membentangkan Belanjawan Alternatif 2016 dengan unjuran defisit lebih rendah sebanyak RM8 bilion berbanding Kerajaan Barisan Nasional (BN).

PAKATAN mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak RM30 bilion berbanding Kerajaan BN sebanyak RM38 bilion.

Belanjawan 2016 AlternatifUnjuran fiskal pendapatan Kerajaan Barisan Nasional dianggarkan berjumlah RM237 bilion dengan perbelanjaan sebanyak RM275 bilion.

Bagi PAKATAN pula, unjuran pendapatan dianggarkan berjumlah RM208 bilion dengan perbelanjaan bernilai RM238 bilion.

Sementara nisbah hutang Keuntungan Dalam Negara Kasar (KDNK) pula menyaksikan sebanyak 31.7 peratus dicatatkan BN manakala 2.48 peratus bagi PAKATAN.

Peluncuran Belanjawan Alternatif 2016 itu berlangsung di Bilik Taklimat Parlimen dipengerusikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Peluncuran Belanjawan Alternatif 2016 memfokuskan mengelakkan krisis ekonomi terus melanda negara dengan lima langkah bagi mengelakkan krisis ekonomi.

Langkah itu bagi memulihkan keyakinan pasaran, menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat dan perniagaan, menutup ketirisan dan melaksanakan disiplin fiskal serta meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.