Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan Persekutuan diminta perjelas GST kad prabayar

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 OKT: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu Kerajaan Persekutuan memperjelaskan dengan lebih terperinci mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak mahu pengguna tertipu kononnya kad tambah nilai itu kembali kepada harga asal sebelum perlaksanaan GST sebelum ini.

FOMCAKatanya, hal itu kerana beliau bimbang syarikat telco bakal mengenakan GST kepada pengguna apabila membuat panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS).

“Kalau dilihat sebelum pelaksanaan GST sebelum ini, memang mahu pengguna bayar RM10 kemudian dapat RM10. Namun, panggilan dan SMS akan dikenakan GST.

“Sebab itu kita mahu, pihak berwajib lebih memperjelaskan perkara ini supaya pengguna tidak keliru dan tertipu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yusof berkata pihaknya mengalu-alukan sekiranya tiada sebarang elemen GST dikenakan namun bimbang sekiranya pengguna masih dikenakan GST.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit kembali seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 November ini.

KASTAM dilaporkan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan itu.

Mulai April lalu, susulan pengenalan GST enam peratus, semua telko mengenakan cukai itu pada kad tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan SMS pada kadar melebihi enam peratus.

Pengarah GST KASTAM, Datuk T Subromaniam, berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan dan telko.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.