Categories
SELANGOR

Inovasi sisa makanan ke tenaga elektrik jana pendapatan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 6 OKT: Sebanyak 129 tong sampah pengasingan sisa makanan diedarkan kepada penduduk Bandar Bukit Puchong 1 sehingga 3 untuk memanfaatkan sisa makanan bagi dijadikan sumber tenaga elektrik.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata sisa makanan itu diproses melalui kaedah ‘Biogas Anaerobic Digestion’ atau penghasilan baja melalui proses ‘Vermicomposting’.

mpsj 2“Setiap satu kilogram (kg) sisa makanan dihantar mereka dibayar satu Ringgit sebagai inisiatif penduduk turut serta dalam program ini.

“Ia juga dapat mengurangkan pembuangan sampah,” katanya sewaktu Program Pengasingan Sisa Makanan, di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata program itu dilaksanakan di Seri Serdang sejak September 2012 mendapat sambutan baik apabila mendapat kutipan lebih 50 kg sehari.

“MPSJ juga dalam perancangan untuk melaksanakan ke kawasan lain,” katanya.

Difahamkan, kutipan sisa makanan itu dilakukan dari rumah ke rumah sejak awal Februari lalu pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

Sementara itu, Pensyarah, Nur Zeatul Hamid, 36, berkata, beliau memiliki empat tong daripada MPSJ sebagai tong kitar semula untuk beliau mengasingkan sisa makanan, aluminium, kertas dan botol kaca.

“Awal bulan pertama pelaksanaan program ini memberangsangkan kerana saya dapat mengurangkan pembuangan sampah harian sehingga ke lima hari,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.