Categories
SELANGOR

MB: Persekutuan disaran utamakan bantuan terus rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 11 OKT: Kerajaan Persekutuan disarankan supaya menumpukan usaha meningkatkan kebajikan rakyat terutamanya melibatkan melibatkan insentif bantuan terus kepada rakyat dalam Belanjawan 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ini berikutan kelembapan ekonomi dan nilai ringgit semakin lemah menyebabkan kehidupan rakyat terutama bagi berpendapatan rendah dan sederhana semakin tertekan.

MB Rasmikan Pulau Indah Fasa 3c Food Station (11)“Kita harap belanjawan negara beri tumpuan kebajikan untuk rakyat negara ini sebab kos sara hidup makin tinggi dan kita tak dapat tampung harga barangan, nilai ringgit makin lemah yang makin menjejaskan ekonomi negara.

“Diharap Kerajaan Persekutuan menggubal inisiatif yang dapat memberikan bantuan terus kepada rakyat dan Kerajaan Persekutuan mesti melaksanakan reformasi ekonomi menyeluruh melibatkan prinsip urus tadbir baik kerana itu dapat mengembalikan kepercayaan pelabur kepada sistem ekonomi dalam negara,” kata Mohamed Azmin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jualan dan Perasmian Taman Perindustrian Hijau Pulau Indah Fasa 3C Dan Pulau Indah Food Station di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

parlimentSelain itu, Mohamed Azmin juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat menjalin kerjasama baik dengan Selangor berikutan negeri itu merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 1/4 daripada keseluruhan KDNK.

“Sudah tentu Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab membantu pembangunan di Selangor ini dan kerjasama ini harus diteruskan,” kata Mohamed Azmin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.