Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkul Anugerah Dato’ Menteri Besar Selangor melalui Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Negeri Selangor 2015.
Anugerah itu sekaligus membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai RM20,000 disampaikan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi di Majlis Aspresiasi Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak.
Manakala bagi kategori Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di menangi oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kehakiman Syariah bagi kategori agensi lain.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memenangi tempat kedua dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 bagi kategori PBT.
Bagi kategori Pejabat Tanah dan Daerah serta lain-lain agensi, tempat kedua di menangi oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri.
Selain itu, bagi Anugerah Khas Inovasi Hijau dirangkul oleh MPSJ seterusnya membawa pulang wang tunai RM10,000 bagi usaha MPSJ melestarikan alam sekitar dan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam menerima tiga anugerah di luar negara termasuk di New Zealand dan London.
Manakala bagi Anugerah Khas Innovation dan Quality Control Circle (IQCC), dirangkul oleh Kumpulan Suksel dari Pejabat SUK negeri yang membawa RM10,000. Pejabat SUK sebelum ini mengharumkan nama pejabat SUK melalui Anugerah Emas di Korea Selatan, baru-baru ini.
Anugerah Khas Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam negeri dimenangi oleh MBSA. Manakala, bagi Khas My Innovation oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) kerana menjadi PBT paling banyak mengemukakan pencalonan bagi dua tahun berturut-turut.
Pemenang mengikut kategori APCC:
Pengurusan Kewangan – MPAJ
Pengurusan Organisasi – MPSJ
Pengurusan ICT – MPK
Pengurusan Sumber Manusia – MPAJ
Pengurusan Rekod – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Perkhidmatan Teras – MBSA
Pengurusan Projek Pembangunan – MPAJ
Pengurusan Pelanggan – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
EZY