Oleh: AFIX REDZUAN
KUALA LUMPUR, 21 OKT: Pakatan Harapan (PAKATAN) mencadangkan pengurangan GST kepada sifar untuk menstabilkan inflasi dalam Belanjawan Alternatif yang diluncurkan hari ini.
Langkah itu dibuat berdasarkan ramalan Malaysia bakal berhadapan dengan inflasi lebih tinggi pada tahun hadapan disamping kejatuhan nilai ringgit.
“Kami percaya pengurangan GST sebanyak 0 (sifar) peratus boleh diseimbangkan menerusi penjimatan daripada membasmi pembaziran dan rasuah, termasuk pendapatan tambahan hasil pelaksanaan Cukai Menambah Kekayaan (CGT),” katanya.
Langkah menurunkan GST pada kadar sifar merupakan antara inisiatif menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat.
Tambahnya, senarai GST barangan berkadar sifar akan diperluas dengan memasukan beberapa barangan lain antaranya kad prabayar telefon bimbit, susu tepung dan lampin pakai buang.
EZY