Categories
SELANGOR

Peruntukan program keselamatan kejiranan dinaikkan

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING, 29 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat menaikkan peruntukan bagi Program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKKPJ) RM6,000 mulai tahun hadapan.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata kenaikan itu sebagai tanda sokongan MBPJ kepada komuniti penduduk yang aktif dalam program itu.

MBPJ“Peruntukan diberi sebelum ini RM5,000 dan bakal dinaikan tahun hadapan.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan di kalangan penduduk bersama ahli majlis, wakil rakyat dan agensi pelaksana,” katanya pada mesyuarat MBPJ, di sini.

Sebelum itu, difahamkan PKKPJ dilancarkan secara rasminya pada 28 Julai 2011 dan kini diletak di bawah program induk ‘PJ Safe….Safety for All” yang ditubuhkan pada tahun lalu.

Selain itu, katanya peruntukan diberi kepada persatuan penduduk, rukun tetangga dan badan pengurusan bersama bagi mengaktifkan program rondaan keselamatan di kawasan kejiranan.

“Sejak perlaksanaannya pada 2011, ia memberi kesan positif dalam mencapai matlamat penubuhan.

“Ia terbukti daripada penilaian setiap tahun disamping maklum balas diterima daripada penduduk setempat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.