Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: Red Giants sasar ke perlawanan akhir

Oleh: HAFIZAN TAIB

SERDANG, 19 OKT: Red Giants menyasarkan layak ke perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia tahun ini.

Pengurusnya, Amirudin Shari, berkata dengan prrestasi pasukan dan pemain yang meningkat, sasaran itu tidak mustashil boleh direalisasikan bagi memenuhi impian semua terutama penyokong.

FA Selangor“Saya sasarkan paling kurang kita boleh sampai ialah ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Walaupun ramai memberikan tanggapan negatif pada awal Liga Super dan permulaan saingan piala ini tetapi kita buktikan pada tahap ini prestasi pasukan sangat baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau yang juga Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan berkata namun dalam pertandingan merebut piala seperti itu, fokus pemain dan beberapa faktor lain mampu mempengaruhi keputusan perlawanan.

“Antara faktor ialah pengurusan dan nasib maka kita cuba sedaya upaya dalam ruang lingkup yang ada bagi memastikan pasukan berada dalam keadaan baik sama ada pengurusan, kejurulatihan dan semangat pasukan,” katanya.

Katanya, Red Giants yang sudah layak ke suku akhir lebih awal boleh merancang dengan lebih rapi dalam menghadapi saingan seterusnya.

“Dengan kekuatan yang ada, kita yakin untuk meneruskannya,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, 17 Oktober lalu, Selangor mengalahkan T-Team 2 – 1 dan mengungguli Kumpulan C untuk layak ke suku akhir.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 31 Oktober ini.

Piala Malaysia adalah saingan berprestij bola sepak tempatan apabila Selangor dengan ‘Misi 33’ adalah juara 32 kali menjuarainya kali terakhir pada 2005.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.