Categories
NASIONAL

PKR: Majlis Raja-Raja tak sentuh 1MDB jika Najib telus

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 9 OKT: PKR percaya titah Majlis Raja-Raja supaya siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera ekoran kebimbangan terhadap ketelusan siasatan kes itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Majlis Raja-Raja juga tidak menyentuh isu itu sekiranya tiada pihak mengganggu siasatan dijalankan sebelum ini.

najib-1mdb-copy“Itu yang menyebabkan sampai ke tahap Majlis Raja-Raja, malah didedahkan Wall Street Journal apabila menyentuh imej negara yang kita mesti jaga,” kata Dr Wan Azizah pada majlis solat hajat di kediamannya di sini, malam tadi.

Solat hajat itu diadakan bagi mendoakan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara.

Dr Wan Azizah turut mempersoalkan tindak-tanduk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa mengelak menjawab isu 1MDB menambahkan lagi kebimbangan itu.

Wan Azizah“Dia sebagai Perdana Menteri, kalau dia rasa tak ada masalah, jawab sahaja sebab kita nak akauntabiliti tetapi mengapa mesti mengelak.

“Persoalannya, mengapa tak jawab dan berdolak-dalih kalau ‘Nothing To Hide,” kata Dr Wan Azizah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.