Categories
SELANGOR

Polis panggil tujuh individu perhimpunan haram baju merah

SHAH ALAM 19 OKT: Tujuh individu dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Ampang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata mereka termasuk Pengerusi Badan Bukan Kerajaan Peniaga Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang bertindak meneruskan perhimpunan itu walaupun permohonan ditolak polis sebelum ini.

baju merahMenurutnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

“Walaupun perhimpunan itu diadakan di pekarangan Bangunan Umno, polis tetap menyiasat kes berkenaan kerana tiada notis yang diterima mengenai perhimpunan berkenaan.

“Apabila penganjur tidak mengadakan perhimpunan itu di dalam dewan, semua ucapan mereka boleh didengar oleh orang ramai di luar bangunan berkenaan,” katanya dipetik Astro Awani.

Perhimpunan itu pada awalnya dijadual diadakan di Spectrum, Bandar Baru Ampang namun selepas permohonan ditolak Ketua Polis Daerah, penganjur menukar lokasi himpunan itu di pekarangan Bangunan Umno Ampang Jaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.