Categories
NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga petang ini

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 OKT: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengumumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal akan melanda beberapa negeri sehingga awal petang ini.

Amaran itu dikeluarkan MetMalaysia melalui laman facebooknya dan terdapat dua seksyen yang terbabit iaitu seksyen A untuk Perairan Malaysia antaranya kawasan Selangor, Sarawak (Rejang, Mukah dan Bintulu), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan).

Ribut 1Manakala, di seksyen B untuk Perkapalan dan aktiviti ribut petir dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Reef South dan Labuan dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berbahaya kepada bot kecil.

Selain itu, MetMalaysia juga membuat pengumuman akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Bagan Datoh, Perak, bermula jam 9.00 pagi tadi.

MetMalaysia memaklumkan penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan tidak panik dengan bunyi siren itu kerana ia hanya ujian sisitem.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.