Categories
SELANGOR

RM23 juta bangun Akademi Merah Kuning dan Pelancongan Sukan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT : Pembangunan bola sepak Selangor terus diberi perhatian dengan menerima peruntukan sejumlah RM23 juta dalam Belanjawan Selangor 2016.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata peruntukan itu termasuk membangunkan Akademi Merah Kuning untuk menggilap bakat pemain muda Selangor seawal usia 16 tahun.

Akademi Merah Kuning Bajet 2016“Kegemilangan bola sepak Selangor harus dikembalikan dengan potensi besar dimiliki pasukan itu hari ini.

“Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri bertekad melakar kecemerlangan dalam sukan bola sepak dengan agenda pembangunan lebih holistik dan profesional,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan pelancongan sukan merangkumi aktiviti paragliding, badminton, basikal, sukan ekstrem, papan selaju dan roller blade.

jugra 1Katanya, aktiviti memenuhi citarasa Generasi Y itu dijangka menarik lebih banyak penyertaan untuk melahirkan generasi sihat dan cemerlang.

“Kerajaan Negeri bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan bercadang menaik taraf kemudahan sukan paragliding di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu sebagai persiapan Sukan SEA 2017 serta menarik pelancong melihat sukan itu,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.