Categories
SELANGOR

RM25 juta untuk pembangunan generasi muda

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT : Sejumlah RM25 juta diperuntukkan bagi program pembangunan generasi muda dan sukan dalam Belanjawan Selangor 2016.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia termasuk cadangan perbelanjaan RM17.7 juta untuk pembangunan atlet dan baik pulih prasarana sukan.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)“Peruntukan itu sebagai kesinambungan Dasar Belia Selangor yang menjadi teras pembangunan generasi muda meliputi pelbagai aspek.

“Antaranya, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan dan pekerjaan, kepimpinan dan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi serta kemasyarakatan, jaringan dan kesukarelawanan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah RM1.45 juta untuk program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bertujuan menghargai generasi Y yang bertenaga, pintar dan memiliki keupayaan luar biasa untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Kerajaan Negeri melaksanakan projek perintis dengan menyediakan pusat pembelajaran di kawasan kos rendah bagi menyediakan ruang santai yang sihat dengan pelbagai kemudahan.

“Antaranya, komputer, WiFi Smart Selangor, ruang pembelajaran dan program tuisyen percuma bagi membolehkan sukarelawan muda menyumbang khidmat pendidikan kepada masyarakat,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.