Categories
SELANGOR

Tak perlu jelajah Selangor, lantik saja ketua pembangkang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 OKT: Umno Selangor disarankan melantik Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata langkah itu jauh lebih baik daripada menyuarakan pandangan di jalanan menerusi demonstrasi seperti dianjurkan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Hannah Yeoh PC 01Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan suara pembangkang bagi menambah baik pentadbiran demi manfaat rakyat.

“Malangnya sehingga kini, kita tidak terima nama Ketua Pembangkang lagi.

“Sebab itu saya fikir lebih baik mereka letak nama ketua untuk bersuara dalam DNS, buat apa susah-susah jelajah Selangor,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas kekosongan kerusi Ketua Pembangkang selepas Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias melepaskan jawatan kerana menolak pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.

JamalPada 18 Oktober lalu, himpunan Selamatkan Selangor anjuran Jamal dilabel gagal oleh media apabila himpunan itu hanya dihadiri kurang 200 peserta yang kebanyakannya remaja.

Bagaimanapun, Jamal merancang untuk mengadakan perhimpunan seterusnya di Subang bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Negeri yang didakwa gagal menunaikan janji.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.