Categories
NASIONAL

Wartawan Parlimen: “Mati-matilah aku ingatkan usul tak percaya”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Waktu seakan berhenti berdetik apabila pengumuman usul dicadangkan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR) dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Ruang kerja pengamal media di Dewan Rakyat pula menjadi kecoh kerana menyangka usul itu adalah usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PARLIMENBagaimanapun sangkaan pengamal media yang membuat liputan pada sesi pagi ini meleset apabila ia usul mengenai jerebu melanda negara yang juga dicadangkan Loy Sian.

Perasaan berdebar-debar dan suasana senyap tadi terus bertukar gamat dengan gelak ketawa dan keluhan pengamal media yang berada di situ menyedari ianya bukan seperti yang disangkakan.

“Mati-matilah aku ingatkan tadi usul tak percaya,” keluh seorang wartawan sambil ketawa.

Selain pembentangan Belanjawan 2016 pada Jumaat nanti, persidangan Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan luar biasa apabila, Loy Sian memfailkan notis usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Usul yang disenaraikan pada giliran ke-27 itu bagaimanapun bakal ditarik balik selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah memfailkan notis usul sama.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.