Categories
NASIONAL

Zaman Najib paling malang buat negara

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 OKT : Ramai mengakui pengurusan ekonomi terbaik buat Malaysia
adalah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, berkata pertumbuhan ekonomi negara ketika itu
meningkat lebih enam peratus selama lapan tahun dengan pembentangan bajet
berimbang.

Yaakob sapari DUN“Hutang negara berjaya diturunkan sebanyak RM90 bilion, Anwar tidak pernah gagal
bentang bajet berimbang setiap tahun.

“Namun, selepas beliau dipecat dan difitnah, ekonomi negara menjunam hingga
sekarang sebaliknya ekonomi negara jiran terus meningkat,” katanya dalam posting di
Facebook.

Namun, Yaakob berkata, rakyat Malaysia berada dalam keadaan malang dan kegelapan
apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Meskipun secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan politik ganas Tun Dr Mahathir
Mohamad namun, kecekapan mantan Perdana Menteri itu dalam membangunkan
ekonomi negara tidak boleh dinafikan.

“(Ketika ini) ekonomi negara berada dalam keadaan parah dan rakyat semakin susah
ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ringgit merudum,
kenaikan tol dan lain-lain.

“Semua barang naik harga, tetapi pemimpin Umno terus mengamalkan kehidupan
mewah,” katanya.

najib mugshot interview 01Yaakob juga melabel Najib sebagai Perdana Menteri paling korup di dunia dengan
mengaitkan skandal derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

“Bukan rahsia lagi, Isteri beliau sangat pemboros tetapi siapa tegur pasti kena pecat.

“Apa perlu kita buat dengan orang menyusahkan rakyat ini?” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.