Categories
SELANGOR

Belanjawan 50:50 Selangor wajar dicontohi Persekutuan

Oleh: HAFIZAN TAIB

RAWANG, 1 NOV: Kerajaan Persekutuan seharusnya mencontohi langkah Kerajaan Selangor menumpukan aspek pembangunan dalam pembentangan belanjawan.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata Belanjawan Selangor 2016 dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan pembahagian seimbang antara perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah tepat.

Walaupun mengemukakan belanjawan defisit, William yakin pendekatan itu sesuai bagi perkembangan ekonomi dan perkhidmatan kepada rakyat.

William Leong“Ia satu contoh terbaik dan kita harap Kerajaan Persekutuan mencontohinya apabila kita melihat 50 peratus untuk pembangunan.

“Berbanding Kerajaan Persekutuan hanya 18 peratus disediakan untuk tujuan itu dan apa yang boleh diharapkan dengan peratusan itu untuk manfaat rakyat,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Pada 30 Oktober lalu, Mohamed Azmin membentangkan Belanjawan 2016 dengan pengagihan 50:50 menerusi anggaran hasil kutipan RM2.25 bilion.

Walaupun mengalami defisit RM630 juta tetapi mencatatkan peningkatan 14.2 peratus.

“Bukan mengikut cara dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana apabila ekonomi baik atau tidak tetapi ia kekal defisit,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.