Categories
SELANGOR

Islam kuat bukan sebab Umno

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 NOV: Pakatan Rakyat (Pakatan) menafikan dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa kekuatan Islam di negara ini kerana Umno mempertahankan perlembagaan.

Sebaliknya, pemimpin gabungan itu menyatakan apa berlaku hari ini memperlihatkan betapa masyarakat Islam menghadapai pelbagai masalah berhubung kait dengan agama yang didakwa dicetuskan pemimpin Umno.

Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari, berkata perkembangan dan kekuatan Islam bukan disebabkan Umno dan BN selaku pemerintah tetapi banyak dipengaruhi usaha digerakkan badan bukan kerajaan (NGO).

Yaakob sapari DUN“Kalau dilihat apa dilakukan pemimpin Umno tidak menggambarkan penghayatan Islam, maka apa yang mengatakan Islam itu kuat kerana Umno. Kebangkitan Islam yang ketara adalah selepas 2008 di bawah Pakatan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri ditadbir Pakatan memberi kebebasan kepada ulama dan agamawan bagi menjalankan usaha dakwah yang dinafikan Umno sebelumnya.

“Dalam kontek Selangor hari ini, kita lihat perkembangannya baik dengan suasana begitu ketara berbeza di surau dan masjid,” katanya.

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata imej Islam kini dilihat lemah ekoran tindakan pemimpin Umno dan BN yang didakwa menimbulkan pelbagai isu seperti perkauman dalam kalangan rakyat.

IMG_20151111_132145“Secara realiti, fitnah dihadapi Islam dan masalah islamofobia apabila masyarakat bukan Islam melihat umat Islam bagaikan tidak boleh bersama atau tiada kesesuaian seakan mereka tersisih dan tidak mendapat keadilan.

“Ini isu digunakan Umno sebagai pemerintah selama ini, maka kerana itu kita perlu berada dalam arena politik ekoran masalah ditimbulkan Umno sendiri. Adanya Pakatan bagi menyuarakan harapan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, sememangnya Umno tidak boleh mendakwa mempertahankan perlembagaan kerana negara kini menghadapi masalah berterusan berkaitan agama.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang dilaporkan berkata, Islam kuat pada hari ini ekoran peranan Umno mempertahankan perlembagaan walaupun mendapat tekanan negara luar.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.