Categories
SELANGOR

Jumlah mangsa banjir turun 40 peratus

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 NOV: Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor mencatatkan pengurangan setakat jam 7 pagi, hari ini.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badlisza Mohd Noor, berkata kini hanya 374 mangsa dari 89 keluarga yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Katanya, jumlah itu merupakan penurunan hampir 40 peratus berbanding dua hari lalu.

MANGSA BANJIR“Pusat pemindahan Masjid Simpang 3 Jeram juga sudah ditutup pada 25 November lalu jam 3 petang.

“Kebanyakan pusat pemindahan mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Mahang kini menempatkan 207 mangsa dari 49 keluarga manakala Balai Raya Kampung Bukit Kuching pula menempatkan 56 mangsa dari sepuluh keluarga.

Pada masa sama, Balai Raya Kampung Bukit Cherakah menempatkan 17 mangsa dari lima keluarga dan Balai Raya Kampung Bukit Hijau 29 mangsa dari tujuh keluarga.

Sementara itu, Surau Ladang Tuan Mee pula menempatkan 28 mangsa dari sembilan keluarga dan Balai Raya Kampung Asahan 37 orang dari sembilan keluarga.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.