Categories
NASIONAL

KEADILAN tingkat 30 % calon muda tanding PRU 14

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjangkakan KEADILAN akan mengemukakan lebih ramai calon dari kalangan pemimpin muda parti dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU).

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata pihaknya menjangkakan peningkatan akan berlaku lebih 30 peratus berbanding calon disenaraikan pada PRU lalu.

shamsul-iskandar-pkr(1)“Kalau dahulu kita kemukakan hampir 30 peratus maka saya tidak terkejut jika kali ini mungkin separuh calonnya adalah orang muda.

“Ini pendekatan yang bagus dan KEADILAN menang terkenal dengan calon muda,” katanya kepada Selangor Kini selepas Kongres Nasional Tahun Ke-11 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya giat melatih pemimpin muda di peringkat DUN untuk diangkat ke Parlimen.

Katanya, calon muda dan senior atau lama dalam KEADILAN berada dalam keadaan seimbang.

“Kita lihat dalam perbahasan kali ini majoritinya pemimpin muda tetapi tidak dilupakan yang senior dan lama.

“Ia adalah simbol yang dekat dengan KEADILAN dan tentunya kita akan terus mengemukakan calon bertenaga untuk mewakili suara rakyat,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.