Categories
NASIONAL

Kemiskinan: Negeri ‘fixed deposit’ BN 20%, Kelantan cuma 4%

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 NOV: Walaupun Sabah merupakan sebuah negeri kaya dan dianggap sebagai negeri ‘fixed deposit’ bagi Barisan Nasional (BN) tetapi mempunyai peratusan kemiskinan yang tinggi, kata Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Katanya, lebih menyedihkan lagi, Sabah turut ketinggalan dalam banyak aspek pembangunan infrastruktur berbanding pembangunan dinikmati negeri lain di Semenanjung.

lajimukin“Sabah adalah negeri fixed deposit BN tetapi kemiskinannya 19.7 peratus tetapi Kelantan yang disebut negeri miskin hanya mempunyai 4.2 peratus sahaja.

“Di Sabah walaupun lebih 50 tahun merdeka tetapi bekalan air bersih masih tidak mencukupi, jalan masih banyak tidak berturap, kesihatan dan pendidikan masih tercicir dan semasa saya menjadi Menteri dahulu tak pernah ‘blackout’ tetapi di Sabah selalu sangat ‘blackout,” kata Lajim.

Lajim berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan ke-11 2015 di sini, hari ini.

Jelas Ukim, beliau bukanlah cemburu dengan pembangunan pesat di Semenanjung tetapi menuntut pembangunan sama adil di Sabah dan Sarawak.

Justeru, Lajim menggesa rakyat Sabah bangkit menolak BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada masa akan datang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.