Categories
SELANGOR

Kemudahan kampung tradisi perlu perhatian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 NOV: Keselesaan penduduk kampung tradisi perlu diberi perhatian walaupun terletak di luar kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dr Idris Ahmad (KEADILAN-Ijok) berkata, antara kemudahan yang perlu diberi perhatian adalah sistem pembuangan sampah dan jalan raya.

“Walaupun mereka tak bayar cukai tetapi mereka juga merupakan rakyat yang berhak mendapat keselesaan,” kata Dr Idris di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Katanya, lazimnya perkhidmatan kutipan sampah oleh PBT tidak dijalankan di kampung tradisi ekoran tidak termasuk dalam kawasan pentadbiran PBT.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.