KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,000 warga kerja sedia ada di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikekalkan walaupun syarikat itu melalui proses pengambilalihan Kerajaan Negeri pada 15 Oktober lalu.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata beliau memberikan jaminan kedudukan warga SYABAS itu selamat untuk terus berkhidmat bagi memastikan operasi air kepada pengguna berjalan lancar.
“Walaupun di bawah pengurusan baru, kami memberi jaminan warga kerja sedia ada tetap dikekalkan,” kata Mohemad Azmin semasa lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat SYABAS sejak pengambilalihan hari ini.
“Saya diberi taklimat mengenai model perniagaan serta strategi yang diambil syarikat untuk menawarkan perkhidmatan bekalan air yang holistik, mesra rakyat dan cekap,” kata Azmin.
EZY