Categories
SELANGOR

MBSA tawar diskaun kompaun ‘gila-gila’

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 NOV: Orang Kena Kompaun (OKK) berpeluang mendapatkan
kompaun bagi kesalahan tempat letak kenderaan dengan bayaran RM15 sahaja.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata tawaran itu hanya sah di kaunter pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW).

MBSA“SAOW juga menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kaunter aduan jualan kupon parkir serta kemudahan lain.

“Melalui perkhidmatan ini, diharap memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, SAOW beroperasi di perkarangan tempat letak kereta, Pasar Raya AEON BIG, Lot 2, Jalan Sungai Burung 32/68, Bukit Rimau, Seksyen 32, Shah Alam pada 7 November 2015 (Sabtu).

Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.