Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: “Sokongan pengorbanan perajurit sampai bila-bila”

SHAH ALAM 22 NOV: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau tidak sekali-kali memanggil mesyuarat atau pertemuan dan tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram.

Katanya beliau sedia maklum kegusaran yang timbul ekoran gambar bersama anak ketua kumpulan pemberontak Sulu Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram tersebar pada 9 November 2015.

Nurul-IzzahNurul Izzah berkata Jacel merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

“Semua yang hadir di program itu bergambar dengan saya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on Arbitrary Detention).

“Mereka menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan medianya.

Katanya beliau tahu dan memahami perasaan ahli keluarga patriot dan perajurit terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu.

“Simpati dan sokongan saya dari dulu hingga bila-bila kepada perajurit pahlawan negara yang terkorban serta komuniti yang masih terkesan akibat konflik ini.

Izzah“Sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang setia kepada nusa dan bangsa, saya sentiasa mempertahan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia yang tercinta,” kata Nurul Izzah.

Beliau berkata tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjelaskan lawatan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.