Categories
SELANGOR

Orang Asal Racing Team Selangor julang kejuaraan Cup Prix 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

JOHOR BAHRU, 22 NOV: OA Racing Team berjaya membuktikan pasukan mereka sebagai pasukan yang harus diberi perhatian syarikat penaja pada musim akan datang selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015 bagi kategori Pro-Am.

Kejayaan pasukan Orang Asal berpangkalan di Kampung Bukit Tandom, Banting itu diraih selepas pelumpa mudanya, Azrul Affendi Hadi mengungguli pusingan terakhir yang berlangsung di Litar Pasir Gudang, di sini, semalam.

IMG-20151122-WA0003Azrul Affendi menyifatkan kejuaraan itu menjadi lebih manis lagi apabila diraih dengan gaya penuh dramatik selepas hanya memintas pendahulu pungutan mata terdahulu, Md Yusof Omar pada pusingan terakhir kejohanan.

“Saya sebenarnya tak menyangka sebab Md Yusof memiliki 10 mata didepan saya tetapi saya mula rasa ada harapan menjadi juara keseluruhan apabila berjaya mencatat ujian masa terpantas sekaligus merebut petak pertama berbanding Md Yusof di petak lebih belakang,” kata Azrul Affendi kepada Selangor Kini.

Azrul Affendi memungut 163 mata keseluruhan berbanding Md Yusof sebagai Naib Juara dengan 156 mata, ketiga Siti Norafizah Mohamad dengan 117 mata dan Md Faiz Azmin dengan 89 mata di tempat ke-4.

Azrul Affendi menjuarai pusingan akhir Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015 bagi kategori Pro-Am di Litar Pasir Gudang dengan catatan masa 13 minit 40.92 saat, meninggalkan pemenang di tempat ke-dua, Mohd Fikri Azam Nordin 1.89 saat di belakang.

Sebelum ini Azrul Affendi turut menjuarai pusingan ke-8 MAEPS di Serdang, pusingan ke-5 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka dan pusingan ke-6 di Kangar Perlis.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.