Categories
NASIONAL

Pakatan sedia jalin kerjasama dengan parti Sabah Sarawak

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 NOV: Pakatan Harapan (Pakatan) bersedia bekerjasama dengan parti politik di Sabah dan Sarawak bagi membentuk gagasan politik baharu demi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri itu pada masa depan.

Ini kerana Pakatan berpandangan suara rakyat dua negeri itu dipinggirkan Barisan Nasional (BN) biarpun sumbangan mereka untuk pembangunan dan kemajuan negara adalah besar.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Pakatan Harapan (Pakatan) bersedia mengadakan perbincangan dengan negeri terbabit bagi tujuan itu.

WAWI“Itu cadangan kita kerana apa dilihat mereka mempunyai wakil melakukan perubahan dan ia boleh dilakukan sama ada melalui Pakatan atau BN kerana mereka kata mereka bebas.

“Tetapi sekarang ini kita lihat bila bersama BN, ia tidak memenuhi janji,” katanya dalam sidang media ketika Kongres Nasional Tahunan Ke-11 2015 KEADILAN di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan yakin gabungan pemimpin dan Ahli Parlimen dari blok Sabah dan Sarawak mampu memberikan satu kelainan dalam pentadbiran negara.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata cadangan dibuat KEADILAN itu ekoran Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sering menzahirkan ketidakpuasan terhadap layanan diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

IMG_2624aKatanya, apabila gabungan itu berlaku maka suara pemimpin dari dua negeri terbabit menjadi kuat demi pembelaan kepada rakyat dan negeri mereka.

“Mereka juga penyumbang besar kepada ekonomi negara menerusi hasil minyak dan gas tetapi pulangannya terlalu kecil untuk pembangunan negeri berkenaan.

“Mereka boleh membawa suara ini dengan BN atau Pakatan dan gabungan parti politik pembangkang lain supaya kepentingan negeri dapat dijaga,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.