Categories
SELANGOR

PANTAS MPSJ turun lebih awal pantau lokasi mudah banjir

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG, 20 NOV: Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diarah segera ke lokasi berpotensi banjir untuk mengambil tindakan pencegahan sewajarnya.

Yang Dipertuan MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata langkah proaktif itu diambil bagi memastikan masalah banjir dapat diatasi diperingkat awal sebelum bencana lebih teruk berlaku.

ydp mpsj a“Pegawai dari semua jabatan berkaitan seperti Jabatan alam sekitar, kejuruteraan, dan jabatan sisa diarahkan segera ke tempat kejadian apabila hujan dan bukan menunggu panggilan.

“PANTAS dipertanggungjawab bersedia ditempat kejadian bagi mengelak air naik,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Home Help Services’ yang turut dihadiri Adun Sri Serdang, Noor Hanim Ismail di Kampung Bharu Tambahan Batu 14 dan Kampung Seri Andalas, Puchong, di sini, semalam.

yb hanim aNoor Hanim berkata, kawasan Sri Aman, Batu Tiga dan Subang Jaya antara kawasan yang sering dinaiki air apabila hujan lebat ekoran berdekatan dengan projek tambahan jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) oleh PRASARANA.

“Kita harap PRASARANA dapat beri kerjasama memantau kontraktor dan semak semula projek tersebut,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.