Categories
SELANGOR

RM1.2 juta baik pulih stadium, RM200 ribu naik taraf litar lumba

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi kerja menaiktaraf Stadium Sungai Besar.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata kerja menaiktaraf dilakukan mengikut kesesuaian dan keutamaan keperluan.

Amiruddin Shari“Sabak Bernam antara daerah istimewa kerana mempunyai dua stadium iaitu Stadium Sungai Besar dan Stadium Mini Sabak Bernam.

“Kita memang ada perancangan menaik taraf kemudahan sukan di situ dan ia dimulakan di Stadium Sungai Besar dengan peruntukan RM1.2 juta,” katanya dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan, di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Sebelum ini, Sallehen Mukhyi (PAS-Sabak) mahu kemudahan dan penyelenggaraan Stadium Mini Sabak Bernam diberi perhatian segera ekoran keadaan stadium itu tidak lagi selamat untuk kegunaan orang awam.

Selain itu, Amirudin (PKR-Batu Caves) berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 80 hingga 100 padang akan dinaiktaraf dalam tempoh tiga tahun termasuk kemudahan sedia ada.

Sementara sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk menaiktaraf litar lumba rakyat di Kuala Selangor.

Katanya, walaupun litar lumba itu tidak mencapai standard, namun ia merupakan permulaan kepada atlet sukan bermotor berlumba sekali gus mengurangkan kes lumba haram di Kuala Selangor.

Stadium Hoki“Tahun ini, kita memilih 30 projek untuk dinaik taraf membabitkan stadium hoki di Pendamaran dan Petaling Jaya, kemudahan skate board dan sukan petanque.

“Selain itu, kita juga akan membina tempat sukan lawan pedang, memanah dan trek BWX pertama di Malaysia,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.