Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 13 NOV: Sejumlah RM668 juta nilai kompaun dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sejak 2008.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), berkata nilai tinggi itu meliputi 7.4 juta kompaun.
“Sementara itu, terdapat 51,315 jumlah kompaun dibatalkan selain 3.8 juta kompaun tidak berbayar.
“Pada masa sama, lebih 100,000 kompaun tidak berbayar diambil tindakan pendakwaan.
“Kerajaan Negeri kini mempertimbangkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan kompaun berkaitan dapat dibayar,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Beliau menjawab Ng Tien Chen (DAP-Balakong) berhubung kompaun dikeluarkan kesemua 12 PBT dari segi jenis dan nilai kompaun.
EZY