Categories
SELANGOR

Saifuddin memang layak jadi Ketua Sekretariat

Oleh: HAFIZAN TAIB

RAWANG, 31 OKT: Pelantikan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (Pakatan) mengukuhkan kerjasama antara parti di dalam gabungan berkenaan.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata pelantikan Saifuddin ke jawatan itu juga tidak menjejaskan hubungan pemimpin di dalam PKR serta Pakatan biarpun beliau adalah ahli terbaharu.

William Leong“Pengalaman luas Saifuddin dapat membantu Pakatan memantapkan lagi gerak kerja parti. kehadirannya juga tidak menjejaskan bahkan dialu-alukan.

“Ahli lama atau baharu, semua mempunyai peranan dalam memajukan parti,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Beliau berkata, sememangnya Saifuddin sesuai menggalas amanah dan tanggungjawab seperti mana diinginkan Pakatan.

Saifuddin menyertai PKR selepas menerima surat tunjuk sebab daripada Umno ekoran menghadiri majlis penubuhan Pakatan baru-baru ini.

PC HQ PKR Datuk Saifuddin Masuk PKR (ASRI)Terdahulu, pihak tertentu cuba mengambil kesempatan mencetuskan keadaan tidak stabil di dalam Pakatan apabila dikatakan wujud usaha mencalonkan Saifuddin di Selangor menerusi Langkah Rawang seterusnya menggantikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.