Categories
SELANGOR

Selangor lebih hargai potensi wanita

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 NOV: Sektor wanita tidak harus dikategorikan sebagai perbelanjaan kebajikan dalam penyediaan belanjawan negeri atau negara.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata perbelanjaan wanita seharusnya diletakkan menerusi perbelanjaan pembangunan untuk menjamin kesan jangka masa panjang.

Katanya, tindakan meletakkan wanita berterusan di bawah label kebajikan seolah merendah-rendahkan potensi besar wanita dalam pembangunan.

rodziah“Ini yang dilakukan Kerajaan Persekutuan, perbelanjaan itu selalunya diletak di bawah kebajikan, jadi bagaimana wanita dapat manfaat jangka panjang.

“Belanjawan bagi tahun 2016 juga jelas tiada perbelanjaan khusus untuk wanita, ini adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2016 dengan peruntukan RM267 bilion.

Pada 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pula mengumumkan Belanjawan Selangor 2016 dengan peruntukan RM2.88 bilion bertemakan ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’.

PWBSelangor antaranya memperkenal ‘Homemaker Program’ serta menambah peruntukan Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi menjayakan program baru, PWB Shoppe.

Rodziah berkata, usaha Kerajaan Selangor lebih ke hadapan dan menghargai potensi wanita dalam menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Saya yakin dengan komitmen kepimpinan negeri dan wakil rakyat, wanita Selangor pasti akan menjadi contoh kepada wanita negeri lain dalam menjalani kehidupan lebih mencabar hari ini,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.