Categories
SELANGOR

Tak datang sidang DNS, Azmin tegur Abdul Khalid

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegur sikap bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan tanpa menghadirkan diri ketika wakil rakyat lain berbahas dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) yang berlangsung ketika ini.

Beliau berkata, Abdul Khalid perlu hadir untuk berbahas bagi membincangkan segala isu di dalam DNS sebagai Adun yang bertanggungjawab.

“Speaker semalam sudah menyarakan supaya Adun gunakan dewan sebagai forum berbahas dan tidak membuat tohmahan di luar.

IMG_6840“Kalau nak tahu, datang dewan. Kalau hanya ‘tweet’ saya kena jawab. Kerusi sudah ada, kalau tak nak kerusi ini kita boleh ganti. Apabila beliau (Khalid) ‘tweet’, Dengkil pun ikut,” katanya dalam penggulungan di DNS, di sini.

Mohamed Azmin mengingatkan Abdul Khalid supaya mengingati semula keputusannya yang mahu menaikkan tarif air tidak melebihi 12 peratus, pada 17 Jun 2013.

“Beliau yang mahu naikkan. Agaknya beliau lupa. Inilah Melayu mudah lupa. Sekurang-kurangnya saya mengambil pendirian yang bertanggungjawab iaitu mahu lihat dulu implikasi kewangan dan adakah kita berkemampuan untuk menyerap kos itu atau sebaliknya.

“Namun, kenyataan itu dikatakan tidak munasabah. Sebab itu saya setuju dengan speaker, kena datang dewan. Kalau tidak faham kita ajar jangan buat fitnah kerana media tidak berpihak kepada kita.

“Perkara ini digembar-gemburkan seakan tidak mempedulikan rakyat. Bercakap benar dan jujur kerana akhirnya rakyat yang membuat keputusan. Fitnah seperti ini tidak adil kepada Kerajaan Negeri,” katanya sambil menunjukkan keratan akhbar keputusan Abdul Khalid itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.