Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 11 NOV: Universiti Selangor (UNISEL) sedia menerima pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selepas penambahan syarat kemasukan diluluskan mulai tahun depan.
Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata UNISEL mendapati tiada halangan Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) atau pendidikin tinggi untuk mengambil pelajaran daripada lepasan UEC selepas dibincang melalui mesyuarat diantara Standco Pendidikan bersama UNISEL, KUIS, INSPEN dan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), pada 7 September lalu.
“Untuk merealisasikan UNISEL perlu memohon penambahan syarat kemasukan pada setiap program. Kini, UNISEL sedang dalam proses meneliti syarat kemasukan yang dikeluarkan MQA dengan syarat kemasukan sedia ada.
“Pengambilan lepasan UEC akan diambil selepas kelulusan penambahan syarat kemasukan diluluskan,” katanya.
Terdahulu, katanya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 menyatakan Kerajaan Negeri mengiktiraf UEC bertujuan untuk menangani masalah penghijrahan cendekiawan yang semakin serius.
Katanya, Kerajaan Negeri menyedari peranan besar yang dimainkan sekolah jenis kebangsaan Cina dalam membangunkan modal insan.
UNISEL memutuskan kerana statistik menunjukkan3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan UEC setiap tahun.
-NFN-