Categories
SELANGOR

Wifi Selangorku diselaras pada kelajuan 30Mbps

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 NOV : Kelajuan internet Wifi di hotspot seluruh negeri bakal diselaraskan pada kelajuan 30Mbps menjelang hujung tahun ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknolgi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata setakat ini kelajuan Wifi di Selangor berada pada tahap 8Mbps hingga 30Mbps.

WIFI Selangorku (7)Katanya, pemantauan sberkala dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan rakyat boleh mengakses internet dengan lancar.

“Pemantauan Wifi dilakukan Kerajaan Negeri dan pembekal secara atas talian untuk mengetahui sama ada hotspot berfungsi atau tidak.

“Tiada lokasi Wifi kurang daripada 8Mbps dan kita berusaha untuk menukar kepada 30Mbps menggunakan teknologi fiber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Nik Nazmi (PKR-Seri Setia) berkata, orang ramai yang ingin mengemukakan aduan berkenaan Wifi boleh menghubungi talian bantuan 1800 22 WIFI (9434) atau email kepada [email protected].

Beliau berkata, Pusat Khidmat DUN yang menghadapi masalah Wifi juga boleh menghubungi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membuat pemantauan.

“Akaun laman sosial dan laman web rasmi untuk membuat aduan masih dalam pelaksanaan, jika berlaku masalah boleh hubungi talian disediakan.

WIFI Selangorku (1)“Apa yang jelas, kelajuan Wifi Selangorku antara terlaju yang ada di negara ini,” katanya.

Program Wifi Selangorku ditanggung sepenuhnya MBI dengan usahasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bahagian Teknologi Maklumat.

Lokasi Wifi Selangorku dilakukan secara meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri memiliki kemudahan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.