Categories
SELANGOR

240 meriahkan Pertandingan Memancing Ban Canal

Oleh: SYASYA SUFIAN

KUALA SELANGOR, 14 DIS: Seramai 240 peserta menyertai Pertandingan Memancing Ban Canal 2015 dalam Program Memancing dan Kenduri Rakyat Sempena Karnival Jelah Tani 2015.

Program itu dijalankan bertempat di Blok F, Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Kuala Selangor.

tani aExco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata beliau berharap program itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa untuk menarik penglibatan belia khususnya.

“Johan bagi cabaran memancing membawa pulang RM3,000 dengan timbangan ikan keli seberat 223 gram.

“Manakala naib johan membawa pulang RM1,500 dengan timbangan ikan puyu seberat 71 gram dan tempat ketiga membawa pulang RM800 dengan timbangan ikan seluang seberat 68 gram,” katanya.

Acara tahunan itu mendapat kerjasama Pusat Khidmat masyarakt DUN Permatang bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar

Turut Hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Azlisha Abdul Aziz, Ketua Cabang KEADILAN Tanjung Karang, Yahya Mat Sahri, Penolong Pengarah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Khairul Fahmi Juahir dan Pengurus Pusat Khidmat DUN Permatang, Rozana Abdullah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.