Categories
SELANGOR

Capai Misi 33, Selangor umum cuti Isnin

SHAH ALAM, 13 DIS: Kerajaan Negeri mengumumkan cuti peristiwa pada 14 Disember ini (Isnin) sempena kemenangan Red Giants pada Piala Malaysia 2015, sekali gus menamatkan Misi 33, malam tadi.

3Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti berkenaan selepas tamat perlawanan akhir itu dan kenyataan rasmi sudah dikeluarkan pejabat beliau.

Pengumuman itu nyata menggembirakan seluruh rakyat negeri itu selepas menyaksikan detik kejayaan pasukan Red Giants yang dinanti sejak sekian lama selepas kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2005 menewaskan Perlis dengan jaringan 3-0.

Pasukan Red Giants berjaya merangkul kejuaraan kali ke-33 apabila menjuarai Piala Malaysia 2015 selepas menumpaskan Kedah yang berkeputusan 2-0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.