Categories
SELANGOR

#FSKL datang lagi, tampil pelbagai acara seni

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 DIS: Orang ramai dipelawa memeriahkan Festival Kesenian Kuala Langat
(#FSKL) 2015 di Pantai Morib bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam pada 13 Disember ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata ia
merupakan landasan kepada penggiat seni terutama dalam kalangan belia untuk
mempersembahkan hasil karya mereka.

Katanya, festival itu juga bakal mewujudkan persaingan positif belia yang terbabit dalam
penciptaan untuk menghasilkan karya berkualiti.

mohd azhar mohd ali mdkl“Pada masa kini, ramai belia yang berbakat dalam penghasilan karya kreatif, namun
menghadapi masalah kerana kekurangan landasan mengetengahkan bakat mereka.

“Festival ini memberi ruang penghasilan kerja seni kreatif seperti lukisan, grafik, fotografi,
puisi, novel, penulisan, produk, muzik dan filem untuk dipaparkan kepada masyarakat
umum,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azhar berkata, penganjuran itu juga bagi mempromosi daerah Kuala Langat
khususnya Pantai Morib sebagai salah satu lokasi penganjuran acara yang menawarkan
kepelbagaian seni.

#FSKL2015“Acara ini juga mampu menjana pendapatan tambahan kepada peniaga dan penduduk
tempatan apabila dijangka ribuan pengunjung bakal membanjiri Pantai Morib.

“MDKL turut mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dengan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksir, kompaun parkir, permohonan dan memperbaharui lesen tred atau penjaja dan juga kaunter aduan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.