Categories
SELANGOR

Hazwan: Jaringan dua gol hasil kerjasama berpasukan

SHAH ALAM 13 DIS: Keupayaan menjaringkan dua gol pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia hasil kerjasama utuh berpasukan, kata Ahmad Hazwan Bakri apabila menjaringkan dua gol membenam Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Penyerang kebangsaan yang dipilih Pemain Terbaik perlawanan bertindak cemerlang membantu Selangor merealisasikan Misi 33 sekali gus membalas dendam selepas tewas pada aksi sama, tujuh tahun lalu.

Piala MalaysiaAhmad Hazwan yang dipilih sebagai Pemain Terbaik ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan menjadi wira, namun menegaskan kemenangan ini adalah hasil usaha rakan sepasukan yang sentiasa bekerja keras dan tidak pernah berputus asa.

“Saya bagaikan tidak percaya dapat menjaringkan gol di pentas akhir. Memang ini saya impikan sejak dari dulu lagi.

“Ini semua berkat semangat berpasukan yang ditunjukkan rakan sepasukan. Kemenangan ini adalah milik kita semua,” katanya dipetik BH Online.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.