Oleh: SYASYA SUFIAN
KUALA SELANGOR, 13 DIS: Karnival Jelajah Tani berjaya menarik minat belia menceburi bidang pertanian sebagai salah satu pendedahan menjana pendapatan.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri melaksanakan program Usahawan Agro Generasi Muda (Agro Gem) buat para belia khususnya.
“Masih ramai anak muda yang tidak mendapat pendedahan bahawa melalui pertanian mereka boleh mendapat hasil yang lumayan.
“Agro Gem itu sememangnya menfokuskan anak muda kerana kemelut ekonomi yg kita hadapi pada hari ini kadar pengangguran semakin tinggi,” katanya
Katanya, hasil daripada kajian usahawan pertanian penternak dan nelayan kini berjaya dengan industri dan mampu menerima hasil lumayan.
Selain itu, Zaidy berkata untuk masyarakat bandar dan orang ramai kini boleh sertai program Kebun Komuniti dengan bercucuk tanam.
“Lebih 10 peserta menyertai program itu dan dan kini membuahkan hasil untuk dinikmati disamping dapat mengurangkan kos sara hidup.
“Program tersebut dipantau dan dibimbing oleh Jabatan Pertanian Selangor di peringkat daerah masing-masing,” katanya.
EZY