Categories
NASIONAL

Kuota terhad, wartawan gagal dapat pas masuk Piala Malaysia

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 DIS: Selangor Kini kesal dengan kuota terhad yang diperuntukkan pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah hingga mengakibatkan wartawan gagal mendapatkan pas masuk membuat liputan.

Selangor Kini menghubungi wakil pengelola untuk mendapatkan penjelasan memandangkan semalam difahamkan petugas media yang masih belum mendapatkannya boleh berbuat demikian pagi ini.

sel vs kedWakil pengelola ketika dihubungi memaklumkan, permohonan Selangor Kini ditolak kerana kuota petugas media penuh.

Sebelum itu, Selangor Kini menghantar tiga nama petugas media namun hanya jurufoto dan jurukamera mendapat pas liputan.

Katanya, hanya dua slot sahaja diperuntukkan atas alasan ‘media portal’ walaupun Selangor Kini adalah akhbar rasmi Kerajaan Negeri sementara empat slot diperuntukkan untuk media arus perdana.

Selangor Kini cuba menghubungi wakil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), namun mereka menjelaskan urusan pas liputan hanya dikendalikan Football Malaysia Limited Liability Partner (FMLLP) badan swasta yang menguruskan Liga Malaysia mulai 2016.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.