Categories
NASIONAL

Mahasiswa perlu kritis dan berani persoal skandal 1MDB

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 1 DIS: Mahasiswa perlu kritis dan berani bertanyakan soalan berlegar difikiran rakyat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS)3.0.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata walaupun Presiden Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menolak jemputan debat bersama beliau, namun ia terpulang kepada agensi itu memberikan penerangan kepada mahasiswa selepas dijemput dalam persidangan itu.

KUALA LUMPUR 13 February 2015. Interview with President & Group Executive Director 1MDB, Arul Kanda. NSTP/Yazit Razali

“Itu hak 1MDB untuk memberi penerangan walaupun sewajarnya Arul Kanda terima undangan untuk berdebat dengan saya yang disiarkan secara langsung supaya rakyat secara keseluruhannya dapat menilai dengan adil isu bersabit 1MDB.

“Apabila penerangan diberikan oleh sebelah pihak tanpa ada keberanian di pihak Arul Kanda untuk berdebat, ia memberi gambaran ada banyak perkara yang ingin disembunyikan,” katanya kepada Selangor Kini.

1MDBRafizi turut khuatir khuatir persidangan itu adalah ‘persidangan syok sendiri’ oleh siswa yang setia membuta tuli kepada Umno-BN dan akhirnya gagal merungkai persoalan utama dipersoal rakyat.

Dalam laporan media, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia, Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata Arul Kanda akan turut serta dalam memberikan penjelasan mengenai 1MDB pada PEMANAS 3.0 yang berlangsung selama empat hari mulai Khamis ini.

Selain isu 1MDB, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah antara isu yang akan dibincangkan di hadapan 300 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.