Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM, 7 DIS: Sebarang keputusan membabitkan isu meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah perlu dirujuk kepada badan agama, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Katanya, undang-undang membabitkan isu agama hari ini cukup untuk menangani masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Kena rujuk pihak agama dulu untuk melihat perkara itu kerana saya tidak tahu apa tujuan saranan mereka.
“Peruntukan yang ada hari ini cukup untuk menangani masalah sosial di negeri dan negara, namun kalau ada permintaan untuk menyemak, kita perlu melihat hujah mereka,” katanya di Dewan Jubli Perak, hari ini.
Sebelum ini, kumpulan bekas penjawat awam, G25 mahu penubuhan jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.
EZY