Categories
SELANGOR

Program Spa Terapis Bergerak bakal diperluaskan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 DIS: Program sulung PWB Mobile Spa Terapis akan dikaji sebelum dilaksanakan secara lebih meluas pada masa akan datang.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kesemua peserta perintis akan dipantau dalam tempoh masa tertentu.

SPA TerapisKatanya, Kerajaan Negeri sedia untuk mempertimbangkan kemasukan lain sekiranya keputusan menunjukkan hasil positif.

“Sebelum diteruskan, kita akan lihat dahulu keberkesanan program ini dalam pelbagai aspek termasuk dari segi minat peserta, pendapatan dan sebagainya.

“Kemudian, barulah kita boleh putuskan sama ada boleh diteruskan, perlu penambahbaikan atau perhatian lain,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Graduasi PWB Mobile Spa Terapis melibatkan 20 ibu tunggal di Hotel De Palma di sini, pada 1 Disember lalu.

Hadir sama, Pengerusi PEKAWANIS, Shamshida Taharin, Presiden dan juga anak pengasas Mustika Ratu, Raden Ayu Putri Kuswisnu Wardani dan Pengerusi Salvanie Marketing & Services, Datin Siti Salvanie Rosli.

Sebelum ini, kesemua peserta mengikuti kursus selama enam hari di Wisma Mustika Ratu, Taman Shamelin Perkasa bermula 16 November lalu.

Daroyah berkata, program itu memberi ruang kepada ibu tunggal menjana ekonomi keluarga dan seterusnya mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

“Dalam kursus berkenaan, terapis kita dibekalkan dengan ilmu berkaitan bagaimana menjadi seorang terapis yang baik.

“Diharap ianya dapat memberi mereka keyakinan diri dalam bidang diceburi selain dimanfaatkan bagi menambah sumber pendapatan selain,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.