Categories
SELANGOR

Red Giants pamer aksi hebat dan semangat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 DIS: Selangor mempamerkan aksi mengkagumkan untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, di sini, 12 Disember ini.

Jurulatih Selangor, Mehmet Durokovic, berkata pasukan muda dibimbingnya memang layak meraih kemenangan dalam saingan separuh akhir itu kerana bermain penuh semangat tinggi untuk mengatasi juara bertahan, Pahang.

Mehmet“Sangat bangga kerana sebelum ini ramai tidak memberikan harapan untuk kita mara ke akhir.

“Malam ini (tadi) pemain saya mempamerkan aksi mengkagumkan, saya sangat bangga,” katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Dalam saingan separuh akhir kedua, Red Giants mencatat kemenangan 2 – 0 ke atas skuad kendalian Zainal Abidin Hassan dan layak ke pentas akhir dengan agregat sama.

Mehmet berkata, skuad Selangor dibimbingnya kini berbeza dengan pasukan pernah diwakilinya ketika dahulu kerana tidak dibarisi pemain bintang dan terbaik.

Katanya, dengan kerjasama berpasukan dan semangat tidak mudah mengalah, mereka membuktikan segala kritikan dan ramalan dibuat ke atas pasukan itu menjadi sebaliknya.

“Ada ramalan kita mengakhiri saingan Liga Super 2015 mungkin pada kedudukan pertengahan tetapi meraih tempat kedua dan merebut slot ke kejohanan Piala AFC tahun depan.

“Dalam Piala Malaysia pula kini hanya tinggal satu perlawanan (akhir). Segalanya berhasil dengan strategi permainan menyerang untuk menang dan bermain bola sepak yang baik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.