Categories
SELANGOR

Tema muafakat warnai sambutan Maulidur Rasul

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 DIS : Semangat muafakat menyinari sambutan Maulidur Rasul kali kedua tahun ini selaras dengan tema ‘Rakyat Muafakat, Negeri Berkat’.

Sambutan peringkat Selangor yang diadakan di Stadium Malawati itu dipenuhi pelbagai acara bagi memperingati perjuangan Rasulullah SAW.

MAULIDUR RASUL 2015 (1)Acara bermula pada pukul 8 pagi yang disertai 92 kontinjen jabatan kerajaan, badan berkanun dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar dari institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Ribuan umat Islam termasuk barisan kenamaan mengambil bahagian dalam perarakan sejauh 1.8 km bermula dari Stadium Mini Seksyen 13 sehingga ke pentas utama Stadium Malawati dan diikuti bacaan ayat suci al-Quran dan ceramah khas.

Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis itu mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

MAULIDUR RASUL 2015 (2)Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pada majlis itu, beberapa anugerah khas turut diberikan seperti Anugerah Khas Saidina Ali, Anugerah Khas Saidatina Khadijah, Anugerah Khas Imam Al-Ghazali, Anugerah Khas Khalid Al-Walid dan Anugerah Khas Umar Abdul Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.