Categories
NASIONAL

KEADILAN ucap takziah keluarga Khalid Atan

SHAH ALAM 27 JAN: KEADILAN menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan yang meninggal dunia semalam.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Khalid merupakan Presiden MTUC sejak 2010, dan banyak memperjuangkan nasib pekerja.

khalid-atanKatanya, tatkala negara membincangkan isu TPPA serta kesannya terutama kepada ekonomi dan para pekerja, pemergian arwah adalah kehilangan besar kepada gerakan pekerja.

“Bagi KEADILAN, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga arwah. Saya doakan agar mereka dikuatkan semangat, serta sabar dan redha dalam menghadapi dugaan-Nya.

“Semoga Allah SWT mengampun segala dosa arwah serta menempatkannya di kalangan para syuhada dan solehin. Al-fatihah,” kata Wan Azizah dalam kenyataan medianya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.