Categories
SELANGOR

MB terima kunjungan Imam Besar Masjid Nabawi

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 JAN : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerima kunjungan hormat daripada Imam Besar Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Muhsin Al-Qasim di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Abdul Muhsin turut berbincang berkenaan ukhuwah umat Islam di negara ini selain bertukar pandangan.

CXtryS_UEAAMX26“Alhamdulillah, sempat menyantuni Imam Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Muhsin Al-Qasim di Kuala Lumpur petang semalam.

“Sheikh Abdul Muhsin menghadiahkan senaskah al-Quran untuk bacaan harian dan menjadi panduan di samping mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya sekeluarga. Ameen,” tulisnya di Twitter @AzminAli.

Dalam posting itu juga, Mohamed Azmin turut memaklumkan hajat Sheikh Abdul Muhsin untuk menziarahi beliau sekeluarga di kediamannya di Ampang.

“Sheikh Abdul Muhsin dijangka tiba jam 11 pagi ini.

“Saya dan keluarga amat bersyukur atas kunjungan peribadi ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.