Oleh: SYASYA SUFIAN
SHAH ALAM, 19 JAN: Warga Kuala Selangor disaran menjelaskan cukai taksiran menerusi kaunter bergerak yang disediakan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
Setiausaha MDKS, Azahari Sairin, berkata peringatan itu bagi mengelakkan individu dikenakan tindakan undang-undang termasuk harta di sita.
“Penyediaan kaunter bergerak adalah bagi memudahkan pemilik harta untuk membuat semakan dan bayaran.
“Orang ramai dinasihatkan menjelaskan cukai sebelum 28 Februari bagi
mengelakkan Fi Notis (Denda Lewat) dikenakan ke atas akaun yang gagal
menjelaskan bayaran sebelum tarikh tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, antara lokasi kaunter bergerak yang terpilih adalah di Tapak Pasar Taman Karang pada setiap Isnin bermula seawal 8.30 pagi dan Central Mart, Saujana Utama pada setiap Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Manakala di Tapak Pasar Malam, Desa Coalfield pada setiap Isnin dan Pekan Bestari pada setiap Jumaat bermula jam 5.00 petang hingga 8.00 malam.
Selain itu, orang awam juga boleh membuat bayaran secara online di laman web http://mdks.gov.my/e-bayar.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Task Force di talian 03-32891439 samb. 225 atau melayari laman web rasmi www.mdks.gov.my.
EZY